Jerai Madu Kelulut

RM80.00RM150.00

Jerai Madu Kelulut

▪ Diternak dipinggir kaki Gunung Jerai.

▪ Mempunyai rasa yang sedap berbanding ditempat lain, kadang-kadang ada rasa lebih manis ketika musim durian dan rasa yang tersendiri diwaktu musim yang lain iaitu dari bunga liar hutan di sekitar kaki gunung Jerai.

▪ Kasiatnya banyak seperti diterangkan di bahagian ‘description’ di bawah.

 

Clear
SKU: N/A Category:

Berikut ialah khasiat madu kelulut untuk kesihatan kita berdasarkan kajian sains perubatan:

1. Penyembuh luka semulajadi

▪ Dalam satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari fakulti farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendapati madu kelulut turut berupaya menyembuhkan luka .

▪Antioksidan dan antibakteria dalam madu kelulut bertindak mempercepatkan penyembuhan luka

2. Baik untuk kencing manis

▪Pada tahun 2017, kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Malaya mendapati madu kelulut juga turut mempunyai ciri-ciri antidiabetes dan turut berpotensi melindungi pankreas daripada rosak atau gagal berfungsi.

▪Madu kelulut juga didapati mampu mencegah enzim-enzim yang menyebabkan peningkatan gula dalam darah lebih baik daripada madu lebah biasa.

3. Bersifat antikanser

▪Madu kelulut juga didapati boleh mencegah perkembangan kanser kolon.

▪Dalam kajian ini, madu kelulut diberikan secara makan kepada tikus makmal dan hasilnya menunjukkan pengurangan pada perkembangan kanser ini .

▪Kajian makmal yang lain juga mendapati madu kelulut menunjukkan keupayaan untuk membunuh sel kanser dalam hati .

▪Sabatian fenolik dalam madu kelulut turut mempunyai ciri-ciri antikanser.

▪Kuersetin, apigenin, krisin dan luteolin adalah sebatian polifenol dalam madu kelulut yang mempunyai kesan antikanser .

4. Baik untuk kesuburan

▪Kajian yang dijalankan terhadap madu kelulut mendapati madu kelulut boleh meningkatkan kualiti sperma dalam tikus yang mempunyai masalah kencing manis .

▪Madu kelulut juga turut menunjukkan khasiatnya dalam meningkatkan jumlah, pergerakan dan daya maju sperma dalam tikus yang tidak mempunyai masalah kencing manis .

5. Boleh mengurangkan berat badan

▪ Pada tahun 2018 oleh pengkaji dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, madu kelulut didapati berkebolehan untuk mengurangkan berat badan tikus ujikaji yang mengalami obesiti, serta penurunan kadar trigliserida dan kolesterol -LDL (kolestrerol jahat).

▪Madu kelulut juga turut menunjukkan sifat perlindungan daripada kerosakan hati dalam kalangan yang org yg obes tersebut.

Weight N/A
BERAT

500gram, 220gram

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jerai Madu Kelulut”

Your email address will not be published. Required fields are marked *